fbpx

Raja Permaisuri Agong dahului senarai penerima darjah Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin berkenan mengurniakan darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) kepada Razaruddin.

KLANG – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendahului senarai 97 penerima Darjah dan Bintang Kebesaran serta pingat Hari Keputeraan ke-78 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini.

Tunku Azizah dikurniakan Darjah Kerabat Selangor (D.K 1) namun ia akan dilakukan dalam satu istiadat khas pada hari lain di Istana Alam Shah di sini.

Dalam istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah hari ini, Sultan Sharafuddin berkenan mengurniakan D.K Kelas kedua (D.K.II) kepada Ahli Dewan di-Raja Selangor iaitu Tengku Indera Pahlawan Diraja, Tengku Datuk Setia Putra Alhaj Tengku Azman Shah Alhaj.

Turut berangkat hadir, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman mendahului penerima darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) diikuti Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin Husain dan Pengarah Urusan YTL Power International Berhad, Datuk Yeoh Seok Hong. Ini membolehkan mereka membawa gelaran Dato’ Seri.

Menyusuli penganugerahan itu adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim dan Perunding Urologist Pusat Perubatan Subang Jaya, Prof. Datuk Dr. Tan Hui Meng dengan masing-masing dikurniakan Dato’ Setia – Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S) yang membawa gelaran Dato’ Setia.

Sultan Sharafuddin turut berkenan menganugerahkan darjah Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S) pula kepada sembilan individu termasuk Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Ng Suee Lim yang merupakan satu-satunya ahli politik menerima penganugerahan kali ini.

Sementara itu, 13 individu menerima Darjah Dato’ – Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S) seperti Panglima 10 Briged (PARA) Mejar Jeneral Datuk Khairul Azmizal Ahmad Natal; Panglima Wilayah Laut 2 Markas Tentera Laut 2, Laksamana Muda Khir Junaidi Idris;; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang, Noraini Roslan; Timbalan Pengarah Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Ahmad Kamarunzaman Mehat dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd. Yusof.

Kesemua penerima dua darjah kebesaran itu akan membawa gelaran Dato’ dan Datin Paduka.

Sempena Hari Keputeraan itu juga, Sultan Sharafuddin turut berkenan menganugerahkan 15 penerima bagi Setia Mahkota Selangor (S.M.S) dengan antaranya melibatkan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail; Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Malawati, A.S. Jagdave Singh.

Turut berlangsung adalah penganugerahan Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S) kepada 13 individu termasuk Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim dan Pengurus Besar Pemasaran Tabung Haji Travel & Services, Nik Zuraini Mohd, Khushairi @ Zulkifli.

Selain itu, 15 lagi bagi Ahli Mahkota Selangor (A.M.S) dan 16 untuk Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S), Bintang Kecemerlangan Sukan Selangor (B.K.S) dengan dua penerima serta tujuh individu untuk Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C). -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI