fbpx

Pusat operasi judi online diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menyerbu sebuah apartmen dipercayai pusat panggilan judi online di Butterworth semalam.

SEBERANG PERAI – Polis menahan empat lelaki disyaki terlibat dalam menjalankan pusat panggilan judi online selepas menyerbu sebuah apartmen di Butterworth di sini semalam.

Mereka yang berusia di antara 25 hingga 29 tahun itu ditahan dalam Op Dadu Khas oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) pukul 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya melakukan risikan sejak dua bulan lalu sebelum serbuan dibuat.

“Selain tangkapan empat suspek itu, polis merampas pelbagai peralatan yang disyaki digunakan untuk kegiatan judi online termasuklah komputer, telefon pintar, meja dan kerusi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati, premis yang mula beroperasi sejak September lalu itu menggunakan modus operandi dengan menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp secara rambang kepada orang ramai.

“Pelanggan yang berminat perlu membalas ‘SETUJU’ dan membuat bayaran ke dalam akaun bank sindiket sebelum menerima maklumat identiti (ID) pengguna.

“Untuk meneruskannya, pelanggan perlu memuat naik jenis permainan judi online yang mereka mahu terlebih dahulu dan kemudian log masuk menggunakan ID yg diberi,” katanya.

Noorzainy berkata, pelanggan akan menerima mata dalam bentuk kredit iaitu satu mata bersamaan RM1 dengan jumlah pertaruhan dianggarkan RM2,000 hingga RM3,000 setiap hari.

Menurutnya, kesemua suspek dibawa balik ke IPD SPU di Kepala Batas di sini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI