fbpx

Tauke riang emas laku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEKERJA Dhiya Gold di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu menunjukkan gelang tangan emas yang menjadi pilihan pelanggan ketika ini.

KOTA BHARU – Kebanyakan premis perniagaan emas di sekitar daerah ini tetap menjadi sasaran pembeli meskipun harga semasa emas melonjak kepada RM297 segram minggu lalu.

Tinjauan Kosmo! mendapati, harga semasa emas di keba­nyakan premis daerah ini turun kepada RM285 segram semalam selepas naik mendadak sejak beberapa hari lalu.

Pekerja Kedai Emas Noris di Pasar Besar Siti Khadijah, di sini, Noraini Ismail, 38, berkata, jualan emas di premisnya minggu lalu tidak terjejas apabila hampir 20 pelanggan datang untuk membeli barangan kemas ketika harganya mencecah RM297 segram.

Menurutnya, jualan di premisnya juga mampu mence­cah RM50,000 sehari meskipun emas ketika ini mencatatkan harga yang paling tinggi pada tahun ini.

“Harga emas beberapa hari lalu cecah RM297 segram dan hari ini (semalam) turun kepada RM285. Pelanggan tetap ada tidak kira harga emas naik atau turun.

“Sekiranya emas mahal, ada pelanggan yang menjual bara­ngan kemas kepada kami. Ada juga yang tukar untuk dapatkan emas baharu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ujar Noraini, premisnya membeli harga emas terpakai daripada pelanggan pada kadar RM272 segram dan jumlah itu sudah memberi keuntungan kepada kedua-dua belah pihak.

Sementara itu, pemilik kedai emas di Menara Perbadanan, di sini, Azhari Mahmud, 50, berkata, harga emas yang melonjak minggu lalu menyebabkan ramai peniaga emas tiada aliran tunai yang baik untuk membeli bara­ngan terpakai daripada pelanggan.

Katanya, dia seboleh-boleh­nya enggan membeli emas terpakai daripada pelanggan kera­na harganya jauh lebih rendah daripada harga pasaran semasa.

“Pelanggan baharu tetap ada, namun ia berkurang kerana tidak banyak yang mahu membeli emas ketika harganya mencecah RM290 hingga RM297 segram.

“Setakat ini, perniagaan emas masih lagi stabil dan saya menjangkakan harganya akan turun kepada RM275 hingga RM280 dalam tempoh dua minggu lagi,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI