fbpx

[VIDEO] Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota membawa keluar bahan bukti yang dijumpai. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

PETALING JAYA – Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini untuk kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

Anggota Forensik dilihat memasuki bangunan apartmen blok R dipercayai ke rumah ibu bapa mangsa.

Sehubungan itu, ibu bapa kanak-kanak itu, Zaim Ikhwan dan Ismanira Abdul Manaf juga dilihat bersama-sama anggota terbabit kira-kira pukul 4.15 petang tadi.

Operasi berkenaan selesai sejam kemudian pada pukul 5.15 petang.

Pada pagi tadi, sebuah stor yang terletak kira-kira 50 meter dari Blok R menjadi tumpuan pihak berkuasa bagi mengesan bukti baharu.

Dua anjing Unit Pengesan (K9) Polis Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA, Gucci dan Ricks bersama beberapa anggota forensik melakukan pemeriksaan selama hampir empat jam.

Difahamkan, stor terbabit menjadi tempat simpanan motosikal, kerusi plastik dan barangan kanopi.

Seterusnya, salah seekor anjing dibawa masuk ke Blok R bagi melakukan mengesan bukti lain. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI