fbpx

Talian hayat emas PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEDAI emas Dhiya Gold di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu tetap diserbu pelanggan wanita meskipun harga emas melonjak melebihi RM290 segram. – KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

PETALING JAYA – Kenaikan harga emas dunia menyebabkan orang ramai mula ‘menyerbu’ kedai emas untuk menjual semua simpanan emas mereka.

Rata-rata mereka berbuat demikian bagi mendapatkan wang tunai dan mengambil kesempatan ketika harga emas melonjak pada paras paling tinggi.

Menurut seorang pekerja Kedai Emas Sri Tanah Merah yang dikenali sebagai Zul, 25, harga semasa emas di semua 16 cawa­ngan kedai emas itu semalam adalah RM299 segram termasuk upah.

Jelasnya, bagi pelanggan yang ingin menjual emas mereka, harga jual atau ‘trade in’ semasa adalah sekitar RM267 segram.

“Kenaikan harga emas ini berlaku sejak dua minggu lalu apabila ia melonjak sehingga RM299 segram. Biasanya harga emas paras bawah RM300 segram, ada kalanya RM295 hingga RM299.

“Ini menyebabkan ramai pe­langgan yang datang ke kedai untuk menjual semula simpanan emas mereka. Dalam dua minggu lebih 80 orang pelanggan datang untuk berbuat demikian (jual balik emas),” katanya kepada ­Kosmo! semalam.

ORANG ramai berurusan di Kedai Emas Sri Tanah Merah Cawangan Bandar Baru Bangi baru-baru ini.

Rabu lalu, Kosmo! melaporkan, harga emas tertinggi sepanjang zaman dicatatkan selepas me­lonjak melepasi paras AS$2,100 (RM9,801) satu auns atau 28.34 gram.

Ia meningkat kepada rekod tinggi AS$2,110 (RM9,848) setiap auns sebelum didagangkan pada AS$2,090 (RM9,775) setakat pukul 7.45 pagi (waktu Malaysia).

Mengulas lanjut, Zul yang be­kerja di Kedai Emas Sri Tanah Merah Cawangan Bandar Baru Bangi, dekat sini berkata, bagi pelanggan yang datang membeli pula bilangannya sedikit menurun berbanding ketika harga emas jatuh.

“Adalah juga yang datang beli emas, tetapi tidak ‘meriah’ semasa harga emas jatuh. Yang ramai sekarang datang untuk jual balik dan ‘trade in’ (tukar).

“Berdasarkan trend kenaikan emas semasa, dijangka harganya akan terus melonjak pada masa akan datang. Nak dapat harga paras bawah RM200 sekarang memang sukar dan agak mustahil,” katanya.

Sementara itu, berkongsi keadaan sama adalah seorang lagi pengusaha kedai emas yang dikenali sebagai Sharifah, 50-an yang memaklumkan, ketika ini ramai mengambil kesempatan untuk menjual semula emas ekoran kenaikan harga semasa.

Katanya, hampir setiap hari kedainya di Tanjung Rambutan, Perak dikunjungi orang ramai yang ingin menjual semula emas mereka untuk mendapatkan wang tunai.

“Sejak harga emas naik bermula Jumaat lalu, ramai yang datang ke kedai untuk menjual semula emas mereka. Dalam sehari lebih 10 pelanggan mengunjungi kedai saya, tetapi ramai yang datang untuk menjual semula emas.

“Kebanyakan mereka adalah pelanggan saya semasa musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang datang membeli emas kerana ketika itu emas murah. Kini mereka datang jual balik untuk dapatkan wang tunai,” katanya.

Tambah beliau, harga semasa emas di kedainya adalah RM295 termasuk upah, manakala harga jual balik atau ‘trade in’ adalah RM265 segram. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI