fbpx

Hujan lebat, ribut petir hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa tempat di Semenanjung dan timur Malaysia pada petang ini.

Menurut MetMalaysia, negeri-negeri tersebut ialah Kedah (Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) serta Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

“Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut melibatkan Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Seterusnya, Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Melaka dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru) juga diramal berlaku hujan lebat,” katanya.

Tambahnya, bagi Sarawak, kawasan yang diramal hujan lebat adalah Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit) dan Kapit (Song).

“Sabah pula, kawasan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Beluran) dan Kudat (Kota Marudu), WP Labuan diramal akan berlaku ribut petir.

“Amaran ini akan berkuat kuasa sehingga 6 petang dan ia dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir,” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI