fbpx

Banjir : Mangsa di Pasir Mas turun kepada 27 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang warga emas, Mek Yam Ahmad yang berlindung di PPS SK Tok Deh mengemas pakaian untuk pulang ke rumahnya di Kampung Tersang, Rantau Panjang hari ini. FOTO ROHANA ISMAIL

KOTA BHARU – Situasi banjir di Pasir Mas dekat sini semakin pulih apabila mangsa yang berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) ketika ini tinggal 27 orang.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Kelantan dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu mencatatkan penurunan sebanyak 35 orang mangsa setakat pukul 4 petang ini berbanding 62 orang pada pagi tadi.

Menurutnya, kesemua mangsa yang terlibat itu terdiri daripada tujuh buah keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh di sini.

Jelasnya, semua sungai-sungai utama di Kelantan mencatatkan bacaan normal kecuali Sungai Golok di Rantau Panjang menunjukkan paras berjaga-jaga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI