fbpx

Jangan berlebihan bandingkan saya dengan artis senior – Nadeera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADEERA

KUALA LUMPUR – Penyanyi berbakat besar Nadeera berbesar hati apabila namanya dibandingkan dengan penyanyi senior namun enggan perbuatan tersebut dilakukan secara berlebih-lebihan.

Kata Nadeera atau nama sebenarnya, Farah Nadeera Zaini, tindakan membanding-bandingkan sesama artis sewajarnya tidak perlu dilakukan kerana setiap individu memiliki kelebihan masing-masing.

“Dibandingkan saya rasa tidak perlu. Saya tahu kerap dibandingkan dengan rakan baik dan artis lain.

“Bagi saya, mereka ada kelebihan masing-masing dan saya pula ada kekurangan.

“Namun, saya bersyukur sebab orang luar bandingkan saya dengan orang-orang hebat,” kata Nadeera, 30, kepada Kosmo! Online pada Anugerah Podcast Syok 2023 baru-baru ini.

Dalam pada itu, juara program realiti, Big Stage musim kelima itu enggan terlalu beremosi apabila sering dibanding-bandingkan dengan penyanyi lain demi menjaga kesihatan mental.

“Perasan orang selalu bandingkan saya sebab saya selalu juga baca komen dalam media sosial.

“Kalau terlalu berlebihan saya terus tidak ambil tahu kerana kadang-kadang boleh melukakan hati. Jadi, lebih baik tidak perlu tahu,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, penyanyi seperti Aina Abdul dan Datuk Seri Siti Nurhaliza sering menjadi topik perbandingan dalam media sosial.

Malah, nama Nadeera juga terpalit menjadi perbandingan bersama Jaclyn Victor apabila berkongsi pentas semasa All Stars Gegar Vaganza (GV10) pada minggu kesembilan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI