fbpx

‘Abang, mommy cuba kuat’-Ibu Zayn Rayyan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar yang dikongsikan ibu Zayn Rayyan di Instagramnya hari ini.

PETALING JAYA – “Abang, mommy cuba kuat ya abang”.

Demikian kapsyen ibu Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf, 28, menerusi satu hantaran di Instagramnya pagi ini.

Ismanira berkongsi tiga keping gambar bersama arwah anak sulungnya itu diiringi lagu ‘Salam Terakhir’ yang dinyanyikan oleh Sudirman.

Netizen yang melihat hantaran itu turut meninggalkan komen memberi kata-kata semangat buat sang ibu selain mendoakan si pelaku dapat dijejak dengan segera.

“Semoga pelaku cepat dapat tangkap, acik masih tak boleh ‘move on’ dgn kehilangan zayn. Acik sanggup redah hujan lebat dengan anak acik cari Zayn tapi Allah lebih sayangkan Zayn,”tulis @k.queens034.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @amirah.nasir.

“Salam takziah puan, semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga kuat. Tabah atas kehilangan, semoga puan sekeluarga sentiasa dalam rahmat Allah,”ujarnya.

Sehingga hari ini, pihak polis masih cuba mengesan bukti-bukti serta maklumat yang mampu membantu siasatan berkait pembunuhan Zayn Rayyan.

Terdahulu Kosmo! melaporkan kanak-kanak itu ditemukan meninggal dunia di sebatang sungai kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, kira-kira pukul 10 malam, Rabu lalu.

Adik Zayn Rayyan dijumpai di lokasi terbabit selepas dilaporkan hilang lebih 30 jam.

Bagaimanapun, hasil bedah siasat mendapati mangsa dibunuh susulan kesan kecederaan pada leher dan badan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI