fbpx

Liverpool gembira, United, Arsenal tanggung derita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELLIOT (kanan) meledak gol kemenangan Liverpool pada masa kecederaan ketika menewaskan Palace malam tadi. - AFP

LONDON – Pasukan Liverpool menguasai puncak Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan satu mata selepas kejayaan menewaskan Crystal Palace 2-1 di Selhurst Park malam tadi selain di bantu oleh kekalahan Arsenal yang beraksi awal pagi tadi.

Pada aksi tersebut, skuad The Reds kendalian Jurgen Klopp membariskan kesebelasan terbaik dengan tonggak utama seperti Mohamed Salah, Luis Diaz dan Darwin Nunez diletakkan dalam kesebelasan utama.

Namun, Liverpool dilihat agak bergelut pada awal perlawanan dalam usaha menembusi benteng lawan meskipun mendominasi saingan dengan pasukan tuan rumah lebih kuat bertahan.

Malah, Liverpool terlebih dahulu ketinggalan apabila penyerang Palace, Jean Phillipe-Mateta menyempurnakan sepakan penalti selepas dijatuhkan oleh pertahanan muda The Reds, Jarell Quansah.

Namun, kebangkitan Liverpool bermula apabila penggempur Palace, Jordan Ayew diarah keluar padang kerana menerima kad kuning kedua pada minit ke-75 sebelum Mohamed Salah meledak gol penyamaan dan pemain gantian, Harvey Elliot menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan.

Kemenangan itu lebih bermakna buat Liverpool apabila Arsenal yang bertandang ke Villa Park gagal beraksi cemerlang ketika tewas 0-1 menentang Aston Villa menerusi jaringan John McGinn menyebabkan skuad kendalian Mikel Arteta terlepas melepaskan takhta pendahulu kepada Liverpool.

Sementara itu, di Old Trafford pula menyaksikan tonik kemenangan ke atas Chelsea sebelum ini gagal membantu Manchester United meneruskan rentak cemerlang apabila dimalukan dengan kekalahan 0-3 kepada Bournemouth.

Biarpun masih berada di kedudukan keenam ketika ini, posisi United mungkin akan jatuh sekiranya Newcastle United berjaya menewaskan Tottenham Hotspur tengah malam ini atau West Ham United membenam Fulham malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI