fbpx

Banjir : Mangsa di Kelantan tinggal 62 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk di Kampung Tersang, Rantau Panjang membasuh pakaian menggunakan limpahan air Sungai Golok selepas pulang dari PPS semalam. FOTO ROHANA ISMAIL

KOTA BHARU – Situasi banjir d Pasir Mas dekat sini semakin pulih apabila hanya seramai 62 orang mangsa yang masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Kelantan dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu mencatatkan penurunan sebanyak 168 orang mangsa setakat pukul 8 pagi ini berbanding 230 pada malam tadi.

Menurutnya, kesemua mangsa yang terlibat itu terdiri daripada 22 buah keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh di sini.

“PPS yang mula dibuka pada 23 November lalu itu menempatkan seramai 21 mangsa lelaki dewasa, 8 (wanita dewasa), 20 (kanak-kanak lelaki) dan 13 (kanak-kanak perempuan).

“Tiga buah PPS di Pasir Mas iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial, SK Gual Periok dan SMK Gual Periok ditutup sepenuhnya pada pukul 3.30 petang semalam,” katanya.

Menurut kenyataan itu, paras semua sungai-sungai utama di Kelantan mencatatkan bacaan normal hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI