fbpx

Anak aligator putih, mata biru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANAK aligator menetas dari telur di Gatorland Orlando, Khamis lalu. - Foto Gatorland

KISSIMMEE, Florida  – Seekor anak aligator betina putih yang sangat jarang ditemui menetas di taman reptilia Gatorland, Orlando, negeri Florida kelmarin, lapor saluran berita NBC News.

Anak aligator dikategorikan sebagai leucistic dan sepanjang 48.76 sentimeter merayap keluar daripada  telurnya dan dicatatkan sebagai salah seekor daripada tujuh aligator putih yang diketahui wujud, kata Gatorland Orlando. 

Tiga daripada tujuh aligator putih itu berada di taman berkenaan, kata pegawai taman reptilia itu.

“Ini sangat jarang berlaku. Ia benar-benar luar biasa,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Gatorland, Mark McHugh dalam satu kenyataan.

Taman tema itu meminta bantuan orang ramai untuk menamakan anak aligator tersebut.

Ia merupakan generasi aligator leucistic berasal dari sarang reptilia itu yang ditemui di paya Louisiana pada tahun 1987.

Aligator leucistic adalah variasi genetik paling jarang ditemui dalam buaya Amerika tetapi ia berbeza dari albino yang mempunyai mata merah jambu dan kehilangan pigmen sepenuhnya, demikian menurut Gatorland. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI