PETAING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan hujan lebat dan ribut petir melanda sembilan negeri sehingga pukul 6 petang ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman sesawang MetMalaysia, ribut petir melibatkan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
“Di Semenanjung, ribut petir diramal berlaku beberapa tempat di Perak (Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin) dan Selangor (Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang).
“Manakala di Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Jempol), Johor (Segamat), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya turut dilanda ribut petir,” katanya.
Tambah MetMalaysia, di Sabah (Pedalaman dan Tawau) serta Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Limbang turut diramal cuaca buruk di beberapa tempat. – KOSMO! ONLINE