fbpx

EPL: Sindrom selesa cengkam Manchester City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA bimbang para pemainnya masih dibuai kejayaan trebel musim lalu menyebabkan fokus mereka sedikit terganggu musim ini. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui pasukan itu perlu muhasabah diri bagi memastikan pemain-pemainnya tidak terlalu selesa dengan kejayaan dikecapi selama ini.

Juara Eropah itu mengharungi empat aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) tanpa sebarang kemenangan, sekali gus menyaksikan mereka semakin ketinggalan dalam perebutan takhta liga apabila berada di kedudukan keempat.

Bagaimanapun, Guardiola tidak panik selain menganggap situasi itu sebagai cabaran menjelang pertemuan dengan pasukan zon penyingkiran, Luton Town di Stadium Kenilworth Road malam ini.

“Sebagai seorang pengurus, kadang-kadang saya perlukannya (muhasabah) kerana ia boleh dianggap sebagai cabaran. Saya anggap situasi sekarang adalah sesuatu yang bagus kepada pasukan untuk sedar diri.

“Sejak sekian lama kami berada dalam keadaan terlalu selesa kerana tahu betapa bagusnya pasukan ini. Kemudian secara tiba-tiba kami gagal untuk menang dan ia adalah satu perkara membimbangkan,” katanya.

Justeru, beliau menggesa pemain-pemainnya supaya melupakan kekalahan kepada Aston Villa sebelum ini dan menjadikan Luton sebagai mangsa kebangkitan bagi memastikan mereka terus berada dalam perebutan takhta liga.

“Kami perlu bekerja keras selepas sedar dengan apa yang berlaku sebelum ini. Sebelum ini memang saya mahukan cabaran untuk pemain-pemain, jadi keputusan buruk ini mungkin boleh dijadikan ujian kepada mereka,” ujar Guardiola. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI