fbpx

[VIDEO] Tambahan 2,000 topi keledar percuma untuk ditebus esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke (tengah) menyerahkan topi keledar baharu kepada salah seorang pengunjung di reruai Kementerian Pengangkutan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan menambah 2,000 unit topi keledar untuk diberikan secara percuma kepada pengunjung Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani.

Menterinya, Anthony Loke berkata, ia boleh ditebus esok menjadikan jumlah keseluruhan agihan pertukaran topi keledar sebanyak 5,000 unit.

“Kita lihat antara program yang mendapat sambutan ramai adalah pertukaran topi keledar kerana ia adalah percuma. Sebenarnya kita hanya memperuntukkan sebanyak 3,000 unit topi keledar sahaja untuk program tiga hari ini.

“Semalam kita dah edarkan 1,000 unit dan hari ini telah habis 2,000 unit lagi. Atas sambutan dan permintaan orang ramai, kita tambah 2,000 lagi (topi keledar). Jadi esok ada tambahan 2,000 lagi topi keledar untuk disumbang dan diagihkan kepada orang ramai.

“Orang ramai diingatkan mesti bawa topi keledar lama untuk ditukar dengan yang baharu,” katanya kepada pemberita sewaktu sidang akhbar yang diadakan di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.

Menurut Anthony Loke, antara syarat yang dikenakan adalah warga Malaysia dan mempunyai kad pengenalan atau MyKad selain membawa topi keledar lama sebagai barang pertukaran.

“Kebanyakan topi keledar yang kita lihat dan kita terima ini kita nampak ia sudah cukup lama dan tidak sesuai untuk kegunaan penunggang-penunggang motosikal dan ini akan menjejaskan keselamatan mereka,” jelasnya

Dalam pada itu, hasil tinjauan Kosmo! mendapati, orang ramai menyerbu kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seawal 7.30 pagi lagi bagi menukar topi keledar lama kepada yang baharu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI