fbpx

EPL: Spurs terdesak raih kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPURS mahu mengembalikan prestasi sebenar selepas gagal meraih kemenangan dalam lima perlawanan termasuk tewas empat kali. - AFP

LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou enggan para pemainnya terlalu kecewa dan mengenang kekalahan 1-2 kepada West Ham United kelmarin sekali gus menjadi kekalahan keempat berturut-turut pasukan itu.

Postecoglou sebelum ini dijulang sebagai pengurus yang mampu menjanjikan sesuatu yang istimewa buat Spurs selepas memulakan awal musim dengan cukup cemerlang, namun semuanya bertukar mimpi ngeri apabila gagal memenangi aksi dalam lima perlawanan terakhir.

Bagaimanapun, Postecoglou enggan mengibarkan bendera putih dan yakin pasukannya mampu kembali dengan aksi lebih baik bermula aksi menentang Newcastle United awal pagi esok.

“Tidak ada gunanya kami mengenang kekecewaan ini atau mengharapkan simpati siapapun. Hanya ada satu cara yang perlu kami lakukan untuk mengubah keadaan, datang semula ke sini pada Ahad (awal pagi esok) dan berikan aksi terbaik.

“Kami bukan sahaja perlu tunjukkan aksi bola sepak terbaik, tetapi perlu mempamerkan keyakinan kami sebagai satu pasukan.

“Kami masih mempunyai perjalanan yang panjang seperti yang selalu saya beritahu. Kami bermula dengan cara yang betul pada awal musim, namun apa yang berlaku ketika ini membuktikan kepada saya bahawa ada beberapa lagi perkara yang kami perlu lakukan,” katanya.

Mengulas mengenai kekalahan kepada West Ham kelmarin, Postecoglou mengakui bahawa pasukannya berjaya mendominasi permainan, tetapi gagal untuk menggunakan kelebihan itu bagi memenangi perlawanan.

“Bola sepak bukan mengenai cara anda bermain bola sepak dengan baik, tetapi bagaimana anda perlu memenangi perlawanan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI