fbpx

‘Anak ini tak berayah!’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ainur berasakan tiada keperluan untuk mendedahkan kepada anaknya siapa bapanya. – Gambar hiasan

“SAYA tidak mahu rosakkan kebahagiaan dia dan keluarganya. Jadi, saya buat keputusan untuk bawa rahsia ini ke liang lahad,” ujar Ainur (bukan nama sebenar) kepada Panorama.

Siapa sangka, wanita yang kini bertugas sebagai ketua jururawat di sebuah hospital swasta itu menyimpan seribu satu duka.

Semuanya gara-gara keterlanjuran dalam percintaan bersama Sufian (bukan nama sebenar) ketika di bangku sekolah, lebih sedekad lalu.

Dia kini membesarkan anak perempuan hasil cinta pertamanya itu seorang diri setelah hubungan mereka terlerai akibat halangan daripada kedua-dua belah keluarga.

Katanya, Sufian tidak mengetahui tentang kewujudan anak perempuan itu dan dia tidak mahu merosakkan kehidupan lelaki tersebut yang kini sudah bahagia dengan wanita lain.

“Saya masih ingat kata-kata ibunya, jika saya sayang Sufian, saya patut biarkan dia kejar cita-cita untuk jadi seorang jurutera.

“Sekarang, ibunya betul. Sufian kini seorang jurutera yang berjaya. Hidupnya pasti berbeza sekiranya dia tidak sambung belajar dan terus bekerja untuk sara saya dan anak,” jelasnya.

Mengimbau kembali perkenalan mereka, Ainur mengakui hubungan percintaan mereka pada dasarnya tulus.

Sufian merupakan pelajar harapan sekolah yang sentiasa mendapat keputusan cemerlang. Dia juga sering diberi kepercayaan untuk menyandang posisi kepimpinan di sekolah.

Hubungan Ainur dan Sufian di bangku sekolah begitu rapat sehingga Ainur hamil, namun kewujudan anak itu dirahsiakan Ainur daripada pengetahuan Sufian. – Gambar hiasan

Menurut Ainur, kenaifan membuatkan mereka sering membicarakan tentang masa depan bersama tanpa memikirkan hal lain yang perlu turut dipertimbangkan.

“Kami mula bercinta sewaktu di tingkatan empat. Sufian seorang pelajar cemerlang dan dia banyak membantu saya dalam akademik.

“Saya selalu meluangkan masa belajar dengan dia di rumahnya. Pada masa itulah, kami pernah terlanjur.

“Hubungan kami terputus apabila ibunya tahu tentang perancangan kami untuk berkahwin selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Ujar Ainur, Sufian juga tidak tahu bahawa dia dihantar pulang ke kampung oleh keluarga Ainur dan ibu Sufian juga tidak tahu bahawa dirinya telah berbadan dua.

Pihak sekolah hanya diberitahu bahawa keluarganya perlu pindah ke kampung atas urusan keluarga.

Dia yang telah kematian bapa pada ketika itu memohon kepada ibunya agar dia boleh membesarkan anak perempuannya itu tanpa diserahkan kepada orang lain.

Tidak mahu terus mengecewakan hati ibunya, Ainur melanjutkan pelajaran di sebuah institusi swasta dan berhasil menjadi seorang jururawat.

Kata Ainur, tidak ada guna juga sekiranya dia membongkarkan perkara tersebut kerana anaknya tetap berstatus tidak sah taraf.

“Bukan salah Sufian, dia tak tahu tentang perkara ini. Lagipun, dia bukan wali anak saya walaupun dia bapanya kerana anak tak sah taraf hanya boleh berwalikan wali hakim.

“Jadi, saya rasa biarlah perkara ini jadi rahsia. Saya beritahu anak saya, bapanya telah meninggal dunia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI