fbpx

Piala Malaysia: Jordi Amat anggap pengadil buat keputusan tepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jordi Amat dilihat sering mengasari penyerang Terengganu FC, Ivan Mamut pada aksi final Piala Malaysia malam tadi. - Foto oleh AMIR KHALID/KOSMO!

KAPTEN Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat mengakui layak untuk kekal di atas padang meskipun ada segelintir pihak mendakwa dirinya patut dilayangkan kad merah pada aksi final Piala Malaysia bertemu Terengganu FC (TFC) malam tadi.

Pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, Jordi telah dilayangkan satu kad kuning dan dilihat masih melakukan beberapa kekasaran sepanjang perlawanan, tetapi tiada penambahan kad dilayangkan oleh pengadil, S. Logeswaran.

“Memang betul saya dapat kuning yang pertama itu, namun selepas insiden terbabit apa yang berlaku hanyalah sebahagian daripada bola sepak, banyak aksi melibatkan bola 50-50.

“Saya faham pemain Terengganu minta kad kuning kedua kepada saya, tetapi saya rasa tiada apa pun (yang berlaku).

“Apa yang penting, saya rasa kami berhak menang kerana memberi tekanan kepada lawan hingga hujung perlawanan. Sekarang ini masa untuk meraikan kejayaan,” kata pemain import dari Indonesia itu.

JDT berjaya meraih trofi Piala Malaysia keempat dalam sejarah selepas menjaringkan gol hasil ledakan Bergson Da Silva , Muhamad Feroz Baharudin dan Arif Aiman ​​Mohd Hanapi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI