fbpx

Perisytiharan darurat Parlimen Gerik, DUN Bugaya bergantung kepada SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA- Kerajaan tidak mempunyai kuasa melaksanakan darurat di Parlimen Gerik dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya seperti yang dilakukan di Batu Sapi.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, keputusan itu terletak di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“DUN Bugaya terletak dalam Semporna yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), begitu juga di Gerik di Perak yang dikenakan PKPB.

“Bagaimanapun, untuk meneruskan tindakan seterusnya, saya percaya SPR akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menentukan tindakan yang patut dilakukan.

“Sama ada perlu darurat atau tidak, SPR akan tentukan,” katanya pada sidang akhbar harian di Kementerian Pertahanan hari ini.

Beliau berharap KKM akan membuat penilaian risiko dan akan berbincang dengan SPR. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI