fbpx

LKIM akui berlaku kenaikan harga ikan di pasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Faiz (tiga kiri) membantu melayan pelanggan di pasar nelayan milik Persatuan Nelayan Kuala Muda di Kuala Muda, dekat Sungai Petani hari ini.

SUNGAI PETANI – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengakui berlaku kenaikan harga ikan di pasaran tetapi tidak membimbangkan berikutan mempunyai stok bekalan mencukupi.

Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, kenaikan diantara 10 hingga 15 peratus itu dikesan berpunca daripada tindakan orang tengah yang semata-mata memikirkan keuntungan segera.

“Kita sedang berusaha memendekkan aliran rantaian penyaluran ikan kepada pengguna untuk menstabilkan harga bahan protein itu di pasaran.

“Masalah bekalan bukan punca utama kerana selain mempunyai stok penimbal kita sentiasa mendapat bekalan mencukupi dari rakan dagang selama ini,” katanya ketika ditemui selepas Program Rahmah Mesra Madani, Sesi Libat Urus Bersama Nelayan Kuala Muda Pasar Bisik di sini hari ini.

Katanya orang tengah perlu ada sikap bertanggungjawab dan menghargai keringat nelayan yang bertungkus lumus dan bergadai nyawa di laut.

“Kita di LKIM sedang berusaha dan mengambil langkah untuk menstabilkan harga di pasaran menerusi konsep penubuhan pasar nelayan di semua 139 kawasan Persatuan Nelayan seluruh negara.

“Konsep ini akan membolehkan nelayan memasarkan terus hasil tangkapan mereka kepada pengguna tanpa melibatkan orang tengah yang secara langsung akan menjadikan harganya rendah,” katanya.

Tambah Muhammad Faiz selain penubuhan pasar nelayan pihaknya juga mengambil langkah mewujudkan kedai runcit milik persatuan.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI