fbpx

Lelaki maut rentung, tak sempat sambut hari lahir ke-45

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lori yang rentung terbakar di kilometer 198.4 Lebuh Raya Utara Selatan (LRUS) arah utara pagi ini.

BAGAN SERAI – Seorang lelaki rentung manakala dua lagi cedera setelah van yang dinaiki terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori di kilometer 198.4 Lebuh Raya Utara Selatan (arah utara) pagi ini.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 8.24 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Kemalangan membabitkan van dan sebuah lori menyebabkan seorang mangsa rentung manakala dua lagi cedera. Identiti ke semua mangsa belum dikenal pasti dan mangsa cedera diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian,Superintendan Juna Yusoff ketika dihubungi media berkata, kejadian terbabit masih dalam siasatan pihak polis.

Seorang sumber di lapangan pula berkata, mangsa yang rentung dikenali sebagai Ahmad Termizi Ramli yang bakal menyambut hari kelahiran ke 45 tahun pada 31 Disember ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI