fbpx

Piala Malaysia: ‘Bantuan’ pengadil JDT juara – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa keputusan pengadil, S. Logeswaran didakwa tidak mencapai standard yang sepatutnya bagi mengadili aksi final. - Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!

SEJARAH yang dipahat Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang Piala Malaysia selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-1 semalam dicemari dengan insiden mutu pengadilan yang didakwa berat sebelah oleh peminat boleh sepak tanah air.

Prestasi pengadil, S Logeswaran sepanjang 90 minit perlawanan dianggap berada pada bawah prestasi sebenar untuk mengendalikan aksi bertaraf final di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Beberapa tindakan Logeswaran dipersoalkan apabila tidak melayangkan kad kuning kedua kepada pemain JDT, Jordi Amat biarpun melakukan terjahan kasar kepada pihak lawan beberapa kali.

Selain itu, Logeswaran turut menghadiahkan dua penalti kepada JDT dan satu penalti buat TFC pada perlawanan yang dihadiri lebih 80,000 penyokong itu.

Meninjau ke laman sosial Facebook Kosmo! Online, ramai netizen khususnya pencinta bola sepak tempatan mempersoalkan kewajaran pemilihan Logeswaran sebagai pengadil.

“Kalau kata pengadil berat sebelah orang sebelah sana kata macam macam biar FAM berfikir dimana silapnya. Penyokong keluar duit rasa macam tak berbaloi dapat pengadil sekolah rendah,” kata Mohd Azmi Razali.

“Lah knp x ajak player baju ijau (pengadil) naik (podium) skali,” Shaffiq Sani

“HASIL KERJA KERAS PENGADIL.. JDT MENJULANG KEJUARAAN PIALA MALAYSIA 2023…tahniah,berjuta mata memerhati,” kata Sudin Hafizudin Azhar.

“Bantuan pengadil JDT Juara.. 2 penalti JDT – Bonus utk Pengadil,” kata Rozie Yusoff.

“tkde masalah padang .. masalah pangadil pula… susah bolasepak malaysia ni,” Hulwan Mukhlis.

Namun, ada juga komen yang mempertahankan Logeswaran sepanjang perlawanan semalam.

“Ref xde kena mengena…. keje diaorg ok jee…. bnyk kad kuning terbang….. Aku suka yg last tadi.. keeper jdt pelok bola last Minit….dah menang Kan…. tahniah JDT,” kata Sharul Erol. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI