fbpx

Ujian saringan pekerja asing bermula 1 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, ujian saringan Covid-19 kepada pekerja warga asing akan dijalankan secara berperingkat bermula 1 Disember ini.

Menurut beliau, peringkat awal program itu menumpukan beberapa buah negeri seperti Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah, Kuala Lumpur dan Labuan.

Beliau turut menggariskan empat mekanisme pelaksanaan ujian saringan.

“Majikan mengatur temujanji dengan fasiliti kesihatan swasta bagi ujian Covid-19 kaedah RTKAntigen; fasiliti kesihatan swasta menjalankan ujian mengikut SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM); kos perkhidmatan klinik atau hospital perlu dibayar oleh majikan dan kos kit ujian sebanyak RM60 ditanggung Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk ujian pertama kali sahaja,” katanya pada sidang akhbar harian di Kementerian Kesihatan, Kuala Lumpur, hari ini.

Kerajaan sebelum ini telah memutuskan untuk melaksanakan ujian saringan COVID-19 menggunakan RTK Antigen kepada seluruh pekerja asing di negara ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Kementerian Sumber Manusia juga telah melaksanakan penguatkuasaan ke atas perumahan serta penempatan pekerja warga asing di bawah Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 Akta (Akta 446).

“Semalam, beberapa buah kilang di beberapa buah negeri telah dikenakan tindakan kerana tidak mematuhi standard yang ditetapkan di bawah Akta 446,” jelas beliau. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI