fbpx

Vaksin Covid-19 untuk rakyat Malaysia seawal tahun hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PETALING JAYA – Vaksin Covid-19 akan mula diberikan kepada rakyat negara ini tahun hadapan jika ia terbukti selamat dan berkesan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, data awal vaksin itu setakat ini menunjukkan tahap keberkesanan setinggi 95 peratus setelah melalui ujian klinikal fasa ketiga.

Katanya, ujian tersebut dijalankan ke atas 43,998 orang di seluruh dunia meliputi kanak-kanak seawal 12 tahun sehingga warga emas berusia 85 tahun.

“Kerajaan sentiasa bertegas untuk memastikan sebarang vaksin yang akan diberikan kepada rakyat adalah selamat dan berkesan.

“Kesemua vaksin perlu melalui proses penilaian melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan sebelum ia diberikan kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini.

Kerajaan telah menandatangani perjanjian dengan Pfizer bagi menjamin perolehan vaksin Covid-19 keluaran syarikat farmaseutikal itu bagi 20 peratus rakyat Malaysia iaitu kira-kira 6.4 juta orang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI