fbpx

Lelaki pulangkan wang lebih RM138,000 dalam akaunnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PHUC (kiri) memulangkan semula 719 juta dong kepada sebuah bank di Vietnam baru-baru ini. - Foto Hung Le

HANOI  – Seorang pemuda, Nguyen Xuan Phuc dari wilayah Nghe An tengah memulangkan semula wang sebanyak 719 juta dong (RM138,358) yang dipindahkan secara tidak sengaja ke dalam akaun banknya, lapor portal berita VNExpress kelmarin.

Wang itu telah diambil balik oleh sebuah bank pada 29 November lalu kata seorang pegawai, selepas Phuc, 38,  melaporkan kepada polis bahawa orang yang tidak dikenali menghantar 719 juta dong ke dalam akaun banknya.

“Seorang wakil bank menghubungi saya dan menawarkan diri untuk datang ke tempat saya untuk mengambil wang itu.

“Saya tidak mahu mereka melakukan perjalanan yang begitu jauh (kerana pengirim wang tinggal di lokasi berbeza). Jadi, saya menyatakan bahawa saya akan memulangkan wang itu kepada cawangan tempatan bank itu,” kata Phuc.

Pemuda itu berkata, dia terkejut dan bimbang selepas menerima wang itu pada bulan lalu.

Ini kerana dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pengirim wang itu. 

Dia dan isterinya kemudian meminta bantuan pihak berkuasa dalam mengesahkan identiti pengirim supaya dia boleh memulangkan wang itu.

Pegawai-pegawai menghubunginya beberapa hari selepas itu, mengumumkan bahawa mereka telah menemui pengirimnya. 

Mereka berkata, pengirim telah memindahkan wang ke akaun bank Phuc secara tidak sengaja. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI