fbpx

Sukatan pendidikan, kemahiran TVET perlu diubah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid bersama Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar melakukan gimik pelancaran mynext TVET dan Pertukaran Dokumen Memorandum Kerjasama (MoC) Transformasi TVET Antara Kerajaan Dengan GLC dan Syarikat Swasta sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) disarankan untuk mengubah sukatan pendidikan dan kemahiran sedia ada bagi memperkukuhkan institusi itu pada masa hadapan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perubahan itu perlu melibatkan semua institusi berkenaan yang mana perlaksanaan pembelajaran dalam kelas pada tahap 30 peratus sahaja.

Manakala kata beliau, baki 70 peratus tempoh pembelajaran pelajar TVET perlu dibengkel, makmal dan latihan di tempat kerja.

“Dengan perubahan ini, ia akan memberikan pendedahan baharu kepada pelajar dan peserta TVET.

“Saya juga merasakan ini satu peningkatan untuk menentukan pasaran lulusan TVET ini akan lebih diterima oleh syarikat swasta, GLC (syarikat berkaitan kerajaan) dan juga syarikat multinasional yang memerlukan tenaga kerja mahir,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran MyNext Tvet dan pertukaran Memorandum Kerjasama Antara Kerajaan, GLC dan Syarikat Swasta pada program Setahun Bersama Kerajaan Madani di Stadium Bukit Jalil hari ini.

Tambah beliau, dengan perubahan itu, pelajar TVET akan kebolehpasaran lulusan TVET dapat dipertingkatkan daripada kadar 98.5 peratus kepada sekurang-kurangnya 99.5 peratus.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI