fbpx

MBSP roboh bangsal haram atas longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangsal haram yang dibina atas longkang di Taman Cengal, Butterworth, diroboh MBSP.

SEBERANG PERAI – Sebuah bangsal berbumbung terbuka yang dibina tanpa kebenaran di atas longkang dan kaki lima jalan sehingga menyebabkan kesukaran untuk kerja-kerja pembersihan serta halangan awam dirobohkan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dalam satu operasi penguatkuasaan di Taman Cengal, Butterworth di sini, semalam.

Jurucakap MBSP berkata, operasi yang diketuai Jabatan Pematuhan Teknikal dan Dasar MBSP itu turut dibantu beberapa anggota dari jabatan dalaman MBSP dengan kekuatan keseluruhan anggota seramai 26 orang.

Terdahulu katanya, MBSP telah menerima pelbagai aduan mengenai binaan bangsal tanpa kebenaran ini termasuk aduan daripada kalangan orang awam.

“Tindakan penguatkuasaan dengan meruntuh binaan ini telah diambil setelah notis selama 14 hari di bawah Seksyen 46 (1) (a), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) yang dikeluarkan pada 11 Julai lalu masih belum diambil sebarang tindakan susulan oleh pemiliknya sehingga hari ini (semalam),” katanya.

Dalam pada itu katanya, MBSP ingin menegaskan bahawa penduduk adalah tidak dibenarkan untuk membina sebarang binaan tanpa kebenaran atau menyebabkan apa-apa halangan di mana-mana tempat awam.

“Hal ini telah dinyatakan di bawah peraturan yang telah ditetapkan dalam Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) seperti yang telah digariskan sebelum ini.

“Oleh yang demikian juga, tindakan tegas akan diambil oleh MBSP terhadap mana-mana pihak yang terlibat tanpa sebarang kompromi,” ujarnya. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI