fbpx

Mahkamah: Saya mahu peguam tak berbayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Seorang lelaki warga emas berulang kali memohon peguam bagi mewakilinya selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan memeluk dan mencium pipi seorang remaja perempuan berusia 13, awal bulan ini.

Permintaan itu dibuat tertuduh, Maskuri Suharto, 71, sebanyak tiga kali dalam proses rayuannya di hadapan Hakim Noridah Adam.

“Saya mahu peguam tidak berbayar, saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

“Selain itu, saya juga merayu jaminan rendah sebab tidak lagi bekerja, berusia dan tinggal berseorangan di rumah,” katanya.

Hakim Noridah bagaimanapun menjelaskan boleh memohon menerusi Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan yang akan diperjelaskan nanti.

Berdasarkan pertuduhan, Maskuri telah melakukan amang seksual dengan memeluk dan mencium pipi seorang remaja perempuan berusia 13 tahun semasa dalam perjalanan menuju sebuah stesen minyak di Bandar Bukit Tinggi pada pukul 10.30 malam, 1 Disember lalu.

Justeru, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Pada prosiding tersebut. Timbalan Pendakwa Raya Suriantiazila Muhamad tidak menawarkan sebarang jaminan disebabkan keluarga mangsa merupakan kenalan rapat tertuduh sejak 25 tahun lalu.

“Selain itu, risau tertuduh akan mengganggu mangsa dan saksi-saksi pendakwaan,” tegasnya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan permohonan pihak pendakwaan dengan sebutan semula kes ditetapkan 5 Januari tahun depan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI