fbpx

EPL: Havertz senjata baharu Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAVERTZ hampir pasti berada dalam senarai utama skuad Arsenal yang turun menentang Villa di laman sendiri awal pagi esok. - AFP

LONDON – Bekas pemain Arsenal, Mikael Silvestre mengakui bahawa Kai Havertz sudah berjaya menemui keserasiannya bersama pasukan itu bagi membolehkannya melakukan tugas sebenar.

Havertz bergelut untuk menyesuaikan diri selepas berhijrah dari Chelsea musim panas lalu, namun semuanya seakan berubah apabila dia berjaya meledak tiga gol dalam empat perlawanan terakhir termasuk ketika menewaskan Luton Town 4-3 Rabu lalu.

Menurut Silvestre, peranan rakan sepasukan dan staff kejurulatihan The Gunners berjaya mengembalikan sentuhan Havertz untuk menjadi salah seorang penyerang yang baik dan menemui semula sentuhannya.

“Havertz mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri, untuk mendapatkan kesesuaiannya dengan corak permainan bersama Arsenal.

“Dia seorang pemain yang baik dan menyertai pasukan yang hebat, namun sudah pasti memerlukan tempoh untuk mendapat tempat, mengenali rakan sepasukan baharu dan cara permainan sebelum anda menemui keserasian itu,” katanya.

Jelasnya, salah satu punca peningkatan Havertz ketika ini adalah apabila Pengurus Arsenal, Mikel Arteta kembali membenarkannya bermain dengan cara yang digunakan ketika bersinar bersama Bayer Leverkusen sebelum berhijrah ke Chelsea.

Havertz memiliki kemampuan yang lebih hebat sekiranya dibenarkan melakukan larian di hadapan penyerang dan ia terbukti ketika dia meledak gol menentang Luton sebelum ini.

Perkembangan itu menyaksikan Havertz akan sekali lagi akan diberikan kepercayaan untuk berada dalam senarai kesebelasan Arsenal yang bakal berdepan cabaran getir menentang Aston Villa di Emirates awal pagi esok. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI