fbpx

Boleh buat rayuan eMadani dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PONTIAN – Kementerian Kewangan sedang mempertimbangkan rayuan kepada mereka yang layak memohon kredit e-dompet eMadani tetapi ditolak permohonannya ketika ini.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pengumuman mengenai rayuan eMadani akan diumumkan dalam masa terdekat.

Katanya, rayuan eMadani juga akan mengutamakan kelompok penerima yang layak Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

“Tujuan eMadani ialah untuk memperkembangkan kaedah e-dompet bagi ekonomi digital diamalkan, selain membantu rakyat, ia juga membantu Perusahaan Micro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta ekonomi setempat.

” Kementerian Kewangan telah bermesyuarat pada Rabu lalu berhubung eMadani yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang turut dihadiri saya dan Pengarah Belanjawan Negara, Datuk Johan Mahmood Merican.

“Kita akan buat pengumuman seterusnya mengenai rayuan ini dalam sedikit masa lagi,”katanya pada sidang media selepas melawat tapak cadangan Kolej Komuniti bagi Parlimen Pontian di Kampung Parit Abdul Rahman, Benut di sini, hari ini.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian menambah, kementeriannya mendengar keluhan sebahagian rakyat yang mendakwa eMadani sukar dimohon.

“ Perbandingan data juga akan dilakukan antara jumlah penerima STR dan eMadani bagi memperbaiki kelompangan permohonan tersebut,” ujarnya.

Katanya, dalam senarai STR terdapat seramai 8.7 juta penerima, ada penerima STR inj yang tidak dapat memohon eMadani, mereka adalah kumpulan utama yang akan kita pertimbang rayuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI