fbpx

Bekas guru tabligh kekal dipenjara 15 tahun, 14 sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seorang bekas guru tabligh kekal menjalani hukuman penjara 15 tahun dan dikenakan 14 sebatan atas tujuh kesalahan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki berusia 12 tahun yang terlibat dalam program `Qiamulail’ anjurannya, empat tahun lalu.

Bagi semua pertuduhan, kesalahan itu dilakukan pada masa dan tempat berlainan antaranya pada waktu tengah hari dalam sebuah surau dan dalam kenderaan pacuan empat roda di beberapa tempat berbeza ketika mangsa terlibat dalam program itu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Hadhariah Syed Ismail sebulat suara membatalkan rayuan akhirnya selepas Abidin Abdullah, 50, menarik balik rayuan terhadap hukuman yang diputuskan ke atasnya.

“Ini melibatkan kepercayaan dan amanah. Murid mesti percayakan guru, ibu bapa juga begitu, lagi-lagi guru agama. Dulu-dulu kalau murid buat salah, guru boleh rotan murid.

“Orang tua kena beri contoh yang baik kepada orang muda terutamanya pelajar,” ujar beliau yang bersidang bersama-sama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin ketika menyampaikan keputusan mahkamah.

Menurut pertuduhan, Abidin didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun di beberapa kejadian berasingan di Shah Alam pada masa berbeza di antara 21 September dan 5 Oktober 2019.

Antara perbuatan itu dilakukan dalam kenderaan pacuan empat roda di parkir hadapan sebuah masjid, dalam sebuah rumah di Padang Jawa, dalam surau, di kawasan parkir hadapan sebuah pangsapuri dan parkir sebuah restoran.

Perbuatan tersebut turut dilakukan dalam kenderaan berkenaan yang sedang bergerak di kawasan lampu isyarat Simpang Empat Jalan Padang Jawa.

Keterangan kes menunjukkan perayu yang merupakan pengikut tabligh kerap menganjurkan program `Qiamulail’ di beberapa masjid sekitar Shah Alam dan mangsa mengikuti aktiviti itu selepas mendapat kebenaran bapanya.

Keterangan menyatakan, kira-kira pukul 8 malam, 6 Oktober 2019, mangsa yang berpakaian jubah dan bercermin mata besar, dihantar pulang oleh perayu selepas menjalani program itu di surau sebuah kondominium.

Ibu mangsa berasa pelik kerana anakya memakai cermin mata besar enggan menanggalkannya dan apabila disuruh membukanya, wanita itu mendapati kesan lebam dan bengkak pada mata kiri dan bahagian belakang tangan.

“Mangsa pada awalnya menipu ibunya dengan menyatakan dia jatuh tergelincir berhampiran kolam renang namun akhirnya mengaku dia ditampar berkali-kali oleh perayu kerana dilihat berbual-bual dengan seorang warga Bangladesh di surau tersebut,” demikian menurut keterangan di mahkamah.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI