PETALING JAYA – Beberapa anggota polis dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya hadir menjalankan siasatan di anak sungai berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini hari ini.
Difahamkan, pasukan terdiri daripada pegawai dan anggota itu tiba di lokasi seawal pukul 9.30 pagi, manakala para media tiba di sini seawal pukul 9 pagi untuk meninjau lokasi.
Menurut salah seorang anggota siasatan, mereka telah menjalankan siasatan sejauh 500 meter dari lokasi penemuan jasad kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6.
Semalam Kosmo! melaporkan kematian Zayn Rayyan diklasifikasikan sebagai kes bunuh.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan punca kematian kanak-kanak enam tahun itu selepas mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa.
Kata Hussein, hasil bedah siasat menemui kesan kecederaan pada leher dan badan.-KOSMO! ONLINE