BANDAR GAZA – Dua lagi askar Rejim Zionis termasuk anak lelaki anggota Kabinet perang Israel, Gadi Eisenkot dilaporkan terbunuh di Semenanjung Gaza, demikian menurut agensi berita Anadolu semalam.
Tentera Israel berkata, askar simpanan bernama Gal Meir Eisenkot itu terbunuh dalam letupan bom di kem pelarian Jabalia, utara Semenanjung Gaza.
Seorang lagi askar terbunuh dalam pertempuran di selatan wilayah Palestin berkenaan, tambah tentera Israel.
Dua lagi askar Rejim Zionis dilaporkan parah dalam pertempuran tersebut.
Dalam pada itu, tentera Israel memaklumkan bahawa seramai 416 askarnya terbunuh sejak perang Gaza tercetus pada 7 Oktober lalu.
Israel terus meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza pada 1 Disember lalu selepas jeda kemanusiaan selama seminggu dengan kumpulan Hamas berakhir.
Sekurang-kurangnya 17,177 orang awam Palestin terbunuh, manakala lebih 46,000 cedera dalam serangan udara dan darat Zionis sejak perang bermula. Angka kematian di Israel pula seramai 1,200 orang. – AGENSI