fbpx

Dua lelaki maut kereta terbabit nahas dengan treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan mangsa tersepit dalam kereta selepas terbabit nahas dengan sebuah treler di Kilometer 16.9, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Gerik hari ini.

GERIK – Dua lelaki maut apabila kereta dinaiki mereka terbabit nahas dengan sebuah treler muatan habuk kayu di Kilometer 16.9, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, di sini hari ini.

Kejadian sekitar pukul 5.15 petang itu mengorbankan mangsa dikenali Razali Mamat, 44, yang memandu kereta jenis Proton Wira dan penumpang, Saipul Hamdan Ismail, 41.

Difahamkan, kemalangan berlaku apabila kereta dinaiki mangsa dari arah Gerik menghala ke Jeli, dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan melanggar treler dipandu lelaki berusia 34 tahun.

Katanya, setibanya anggota di lokasi, didapati sebuah kereta dalam keadaan remuk berada di antara tayar lori dan besi penghadang jalan.

“Operasi mengambil masa hampir satu jam bagi mengeluarkan dua mangsa yang tersepit. Kedua-dua mereka mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

“Mereka bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang turut berada di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Tambah Azizan, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI