fbpx

Prestasi perniagaan lebih baik suku keempat 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Survei Kecenderungan Perniagaan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendedahkan prestasi perniagaan bagi suku keempat 2020 banyak dipengaruhi oleh penguatkuasaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peniaga meramalkan prestasi perniagaan mereka lebih baik bagi suku tahun keempat tahun ini yang mana ia menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

Beliau berkata, antara sektor yang dijangka bertambah baik bagi suku keempat ini adalah sektor industri, perdagangan (borong dan runcit) dan perkhidmatan.

“Jangkaan ini disokong oleh penambahbaikan yang ketara dalam petunjuk keyakinan sektor industri oleh perdagangan borong dan runcit berbanding suku ketiga 2020,” katanya dalam kenyataan akhbar mengenai Statistik Kecenderungan Perniagaan Suku Tahun Keempat 2020 hari ini.

Mohd. Uzir berkata, dari segi hasil pula, 25.4 responden survei menjangkakan hasil kasar mereka meningkat pada suku tahun keempat manakala, 37.2 peratus responden menjangkakan penurunan hasil.

Beliau berkata, 78.3 peratus responden juga menjangkakan bilangan pekerja mereka kekal sama pada suku keempat ini selain 5.9 peratus responden menjangkakan pertambahan tenaga kerja dan 15.8 peratus responden pula berhasrat mengurangkan tenaga kerja mereka bagi suku tahun yang sama. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI