fbpx

Dua remaja melecur, rumah serta 12 kenderaan terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah yang musnah dalam kebakaran di Jalan Changlun, Kodiang dekat Jitra hari ini.

JITRA – Dua remaja lelaki berusia 15 dan 18 tahun melecur tahap tiga dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Jalan Changlun dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10.40 pagi itu, dua kereta jenis Proton Satria Neo dan Perodua Kancil, selain 10 buah motosikal turut terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam, Penolong Penguasa Bomba Zulkifli Manaf berkata, kedua-dua remaja terbabit dihantar ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan.

“Proton Satria Neo terbakar 30 peratus, Perodua Kancil terbakar 10 peratus dan 10 buah motosikal pula dengan anggaran kemusnahan sehingga 60 peratus.

“Setakat ini punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Zulkifli, kediaman setingkat itu pula musnah 90 peratus.

Tambahnya, sepasukan anggota dari BBP Bukit Kayu Hitam dibantu BBP Jitra dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan mengenai kejadian itu.

“Kebakaran dapat dikawal pada pukul 11.18 pagi tadi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI