fbpx

Rakyat Malaysia sedih mahu pembunuh Zayn Rayyan segera ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismanira (duduk), tidak dapat menahan sebak apabila menerima khabar duka anaknya, Zayn Rayyan Abdul Matiin, disahkan dibunuh, hari ini di Jabatan Forensik,Hospital Sungai Buloh. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

PETALING JAYA – Berita kematian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemui meninggal dunia malam tadi selepas dilaporkan hilang di Apartmen Idaman, Damansara Damai, kelmarin mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia ketika ini.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, rata-rata rakyat Malaysia turut bersedih setelah menerima perkhabaran kisah kematian anak syurga tersebut.

Orang ramai dilihat memuat naik hantaran di media sosial mengucapkan salam takziah buat seluruh ahli keluarga arwah Zayn Rayyan serta mendoakan agar mereka semua kuat menempuhi ujian tersebut.

Semakan di aplikasi X juga, nama dan tanda pagar (#) Zayn Rayyan sohor kini dengan lebih 18,000 ciapan sejak pagi tadi.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Zyan Rayyan ditemukan di aliran anak sungai dalam keadaan terbaring yang terletak pada jarak kira-kira 200 meter dari kawasan kediamannya sekitar pukul 10 malam tadi oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari.

Memaklumkan perkembangan terbaharu itu sebentar tadi, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati wujud unsur jenayah akibat kesan kecederaan yang ditemui di bahagian leher dan tubuhnya.

Sehubungan itu, rakyat Malaysia mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan kadar segera sehingga berjaya menangkap si pelaku tersebut.

“Kejam, kau bunuh budak yang tidak berdosa. Aku ingatkan dia lemas, rupanya ada manusia hati bangkai yang bunuh. Segerakan siasatan, hukum seberatnya pelaku, jangan biar dia terlepas daripada hukuman mati,” tegas Ayu.

“Ya Allah, cepatlah tangkap si penjenayah. Teringat kes arwah Nurin,” komen Atie Awang.

“Dapat pelaku dia bagu hukuman setimpal,” tegas Nancy Lee.

“Semoga ada keadilan buat adik Zyan. Semoga pembunuh terima balasan setimpalnya… budak pun nak dibunuh, kejam betul. Kalau pembunuh dah ditangkap, mohon jangan tutup muka, nak tengok juga pembunuh yang kejam itu,” pesan Zizie Adriana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI