fbpx

Kapal kargo dari Panama ditahan berlabuh tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPAL kargo yang ditahan APMM di kedudukan 8.8 batu nautika barat daya Pulau Besar, Melaka.

MELAKA – Sebuah kapal kargo yang didaftarkan di Panama ditahan selepas dikesan berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan 8.8 batu nautika barat daya Pulau Besar di sini, malam tadi.

Kapal yang membawa 14 kru berusia antara 22 hingga 70 tahun itu ditahan pada pukul 11.40 malam oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Mohd. Khairi Abdul Aziz berkata, pergerakan kapal itu berjaya dikesan menerusi Sistem Pengawasan Laut (SWASLA).

“Berikutan maklumat yang diterima, bot Petir 84 yang sedang membuat rondaan Op Murni dan Op Tiris Fasa 2.0 telah diatur gerak ke lokasi dan berjaya mengesan kapal dilaporkan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, kapal yang didaftarkan di Panama itu disyaki melakukan kesalahan berlabuh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, seorang kru telah dibawa ke pejabat bagi membantu siasatan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 iaitu berlabuh tanpa kebenaran.

“APMM sentiasa peka dan serius melaksanakan pemantauan operasi dan penguatkuasaan undang-undang agar perairan negara selamat daripada sebarang aktiviti yang menggugat keselamatan negara.

“Bagi membanteras kegiatan seperti itu, orang ramai diminta untuk membantu dengan menyalurkan sebarang maklumat salah laku di laut ke Pusat Operasi Maritim Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-3876730 dan MERS 999 yang beroperasi secara 24 jam,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI