fbpx

Permintaan terhadap jururawat lelaki semakin tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Fikri dan Veronica (kanan) pada majlis memeterai perjanjian bagi program kejururawatan MaHSTECH di Universiti Mahsa baru-baru ini.

KUALA LANGAT – YEG Aca­demy menjalin kerjasama dengan Universiti Mahsa bagi mengga­lakkan golongan muda khusus­nya individu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak menyambung pelajaran untuk menyertai bidang kejururawatan sekali gus dapat mengurangkan kadar pe­ngangguran semasa.

Ketua Pegawai Operasi YEG Academy, Mohamad Fikri Hasbi berkata, pendekatan tersebut diambil susulan permintaan jururawat yang tinggi bukan sahaja di negara ini, malah luar negara dengan menjamin pendapatan yang baik kepada bakal graduan.

“Isu graduan menganggur bukan terjadi 100 peratus disebabkan salah graduan itu sendiri, tetapi sebaliknya program yang dipilih (semasa di universiti) itu tidak mempunyai jaminan pekerjaan sebaik tamat pengajian.

“Lagipun, kejururawatan ini bukan bidang yang biasa-biasa kerana ia mampu menjana pendapatan tinggi termasuk di luar negara.

“Ini secara tidak langsung mengubah persepsi masyarakat terhadap pendidikan dan kerjaya jururawat.

“Permintaan jururawat khususnya dalam kalangan lelaki adalah amat tinggi dan mereka sangat diperlukan kerana jururawat lelaki lebih bertenaga khusus­nya dalam aspek penja­gaan pesakit,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) program kejururawatan MaHSTECH de­ngan Universiti Mahsa yang diwakili Pengarah Kanan Akademik merangkap Dekan Fakulti Sains Kesihatan, Kejururawatan dan Pendidikan, Prof. Dr. Vero­nica Chua Poh Choo di sini baru-baru ini.

Mohamad Fikri menambah, seramai 400 individu akan di­pilih menjadi perintis program tersebut bermula April ini de­ngan hanya menggunakan keputusan percubaan dan sijil SPM.

“Individu yang dipilih mendapat biasiswa daripada empat hospital yang telah bekerjasama dengan Universiti Mahsa iaitu Thompson Hospital, ICG Healthcare, Hospital Pakar Regency Johor Bahru dan KPJ Healthcare Berhad,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI