KEMAMAN – Seorang remaja dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kemaman hari ini atas pertuduhan meliwat sepupu lelakinya berusia enam tahun pada dua minggu lalu.
Tertuduh berusia 13 tahun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan kanak-kanak tersebut di sebuah rumah di daerah ini pada pukul 12.23 tengah hari, 25 November lalu.
Remaja tersebut yang juga merupakan pesalah juvana didakwa mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan.
Majistret Sharifah Amirda Shasha kemudiannya menetapkan sebutan semula kes pada 3 Januari depan.
Kosmo! 27 November lalu melaporkan
seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan bagi membantu siasatan dakwaan meliwat sepupunya yang berusia enam tahun.
Difahamkan remaja lelaki tersebut menetap bersama keluarganya ibu saudaranya itu sejak ibu bapanya bercerai beberapa bulan lalu. – KOSMO! ONLINE