fbpx

Sindiket penyeludup tetap aktif ketika musim tengkujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Pasukan Polis Marin menjalankan rondaan di sepanjang Sungai Golok ke Rantau Panjang untuk memantau kegiatan penyeludupan.

TUMPAT – Peningkatan air Sungai Golok di sini berikutan musim tengkujuh ternyata tidak dihiraukan oleh sindiket penyeludupan barangan kawalan apabila mereka tetap melakukan kegiatan haram itu.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor, Asisten Suprintendan Mohd. Rudzuan Ahmad berkata, penyeludup tidak memikirkan keselamatan apabila mereka sudah mahir membawa bot dengan membawa barangan seludup dari pangkalan haram ke negara jiran.

Katanya, mereka juga mengambil kesempatan melakukan penyeludupan melalui jeti selepas melihat pihak berkuasa tiada di kawasan berkenaan.

“Barangan kawalan yang diseludup antaranya bahan api, tepung, minyak masak, gula dan beras.

“Kita telah mengenalpasti 95 pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok dari Kuala Tak Bai sehingga ke Rantau Panjang yang digunakan oleh penyeludup untuk menghantar dan mengambil barang, ” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mohd. Rudzuan berkata, pihaknya masih meneruskan operasi rondaan di perairan negara meskipun berdepan dengan musim tengkujuh selain persediaan menghadapi kemungkinan banjir. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI