fbpx

Polis Pekan cari Bilal terlibat kes curi kabel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUPRINTENDAN Mohd. Zaidi Mat Zin (dua, kiri) menunjukkan barangan yang dirampas dari kes kecurian kabel sekitar Pekan dan Kuantan.

PEKAN – Polis Pekan sedang mengesan seorang lagi individu bagi membantu siasatan kejadian curi kabel di daerah ini yang dikenali sebagai Bilal.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, Bilal yang berusia 20an itu dipercayai antara individu yang terlibat aktiviti curi kabel di sekitar Pekan dan Kuantan.

Katanya, sebelum ini, pada 2 Disember lalu, Polis Pekan telah berjaya menahan tiga lelaki sekali gus menyelesaikan enam kes curi kabel di daerah ini dan 12 kes curi kabel di Kuantan.

“Hasil pengakuan dari dua individu yang ditahan mereka mengaku terlibat dalam 12 kes curi di Kuantan.

“Hasil siasatan lanjut kita dapati ada seorang lagi rakan sejenayah dengan nama panggilan Bilal yang masih bebas,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan di ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan, di sini, hari ini.

Bercerita lanjut tentang penahanan tiga individu terbabit, Mohd. Zaidi berkata, ketiga-tiga individu berusia 28 dan 35 tahun itu ditahan pada jam 12.50 awal pagi 2 Disember lalu dalam satu kejadian kejar mengejar sejauh kira-kira 35 kilometer dari tepi jalan simpang masuk ke Perumahan Dara Felda Chini 2 hingga jambatan Sungai Kampung Pahang Tua, di sini.

“Hasil tangkapan terbabit, pihak polis merampas sebuah kenderaaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton dan beberapa pelatan dipercayai digunakan untuk mencuri kabel seperti tiga unit pemotong besi, satu batang besi T, satu batang besi padu, dan tiga set tali abah-abah.

“Kenderaan yang digunakan suspek didapati kenderaan sewa persendirian yang disewa selama tiga hari dengan kadar sewa RM400 sehari,” katanya.

Mohd. Zaidi juga memberitahu, kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau di mana kesemua mereka berguat aktif mencuri kabel di dalam daerah ini sejak Mei lalu dan hasil ujian saringan ke atas ketiga-tiga suspek mendapati kesemua mereka positif dadah jenis Methamphetamine.

“Kesemua suspek melakukan jenayah curi kabel yang kebanyakannya adalah kabel Telekom yang dicuri dan ditarik keluar dari dalam ‘mainhole’ dan juga overhead (tiang kabel).

“Kabel itu kemudian dijual di kedai besi buruk di Kuantan di mana hasil tersebut digunakan untuk membeli bekalan dadah, main judi dalam talian dan perbelanjaan harian,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI