fbpx

Gadis 19 tahun mengaku salah ‘scam’ cari rumah sewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa KPDN mengiringi Shaffiyah Virdanie (tengah) untuk didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. -IHSAN KPDN

KOTA BHARU – Seorang peniaga mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menipu urusan perkhidmatan mencari rumah sewa dengan mengambil deposit sebanyak RM520 daripada seorang wanita, tiga bulan lalu.

Tertuduh, Shaffiyah Virdanie Syamsul Amizan, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, gadis itu didakwa bersetuju menerima bayaran sebanyak RM520 melalui sebuah akaun bank tanpa mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa tertuduh dapat membekalkan perkhidmatan rumah sewa kepada seorang wanita.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah bank di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa di sini pada 14 dan 15 September lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 25 (1) (b) Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang memperuntukan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Sophian Zakaria dan Shafiq Hamadi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 23 Januari tahun depan untuk sebutan fakta dan jatuh hukum.

Tertuduh membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI