fbpx

Lelaki misteri mati dibaham harimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor harimau berada di dalam sangkar zoo di Karachi pada 28 Julai 2019. - AFP

ISLAMABAD – Seorang lelaki ditemui maut akibat dibaham di dalam kandang harimau di sebuah zoo di Pakistan semalam, lapor agensi berita United Press International (UPI).

Pegawai zoo berkenaan, Sherbagh Bahawalpur di wilayah Punjab berkata, mayat mangsa ditemui selepas kakitangan yang sedang menjalankan rutin pembersihan menemui kasut di dalam mulut salah seekor harimau yang dipelihara.

“Ketika membersihkan zoo dan kandang, mereka menemui kasut pada mulut harimau itu.

“Kakitangan berasa curiga sebelum mereka menemui mayat mangsa di dalam kandang,” kata seorang pegawai zoo, Zaheer Anwar.

Bilangan kakitangan zoo bagaimanapun cukup selepas pengiraan dilakukan. Polis masih berusaha mengenal pasti identiti mangsa dan bagaimana dia boleh masuk ke dalam kandang harimau.

“Penilaian kami setakat ini adalah dia mungkin tidak waras kerana orang berakal tidak akan masuk ke dalam kandang harimau. 

“Kawasan itu selamat. Ada tangga di belakang kandang. Mungkin dia melompat masuk dari situ,” kata Zaheer. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI