PETALING JAYA – Seorang pemuda mengundang sebak orang ramai selepas berkongsi video tidur bersama bapanya buat kali terakhir.
Menerusi perkongsian pengguna TikTok, Kayau Diva itu, dia dilihat menarik bantal dan berbaring berhadapan jenazah bapanya yang dilitupi kain.
“Hari terakhir tidur sama bapa. Selamat jalan pa, aku rindu,” katanya pada kapsyen video.
Orang ramai turut menzahirkan rasa sedih dengan hantarannya itu, malah ada juga yang berkongsi pengalaman masing-masing ketika berdepan dengan kehilangan orang tersayang.
“Saya pun macam tu masa ayah meningggal. Lepas dah ulang-ulang baca Yasin lepas tu tidur dekat ayah, tengok perut ayah dan harap ayah bernafas semula,” kongsi Sailehadeb.
“Malam mak meninggal aku macam pengsan sedar, pengsan sedar sampai subuh. Pagi tu terdengar mak panggil suruh tolong kat dapur buat sarapan. Aku pergi, tapi mak tak ada,” ujar Mamidede2015.
“Pernah juga mengalami situasi sama, ayah meninggal. Walaupun mengantuk dan penat, saya cuba untuk tak tidur sebab tu malam terakhir dengan ayah,” komen Adda Rashid. – KOSMO! ONLINE
@kayaudivaSelamat jalan pa. Aku rindu 😭😭😭