fbpx

Dasar wajibkan laluan khas motosikal di lebuh raya sedang dipertimbangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mempertimbang untuk memperkenalkan sebuah dasar baharu dengan mewajibkan pembinaan laluan khas bagi penunggang motosikal di lebuh raya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kewajipan menyediakan laluan khas itu bagaimanapun hanya melibatkan permohonan projek pembinaan lebuh raya yang baharu.

Katanya, perkara itu sudah dibincangkan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.

“Sepatutnya, lebuh raya ada lorong khas untuk penunggang motosikal. Mungkin lebuh raya yang sedia ada ini rekaannya lama, kita tidak boleh buat apa-apa sebab sudah dibina. Kita tidak boleh lebarkan.

“Oleh itu, kita sudah bincang untuk akan datang (projek), siapa yang rancang lebuh raya sama ada ‘request for proposal’ ataupun projek kerajaan, mesti mempertimbangkan supaya (penyediaan) lorong khas untuk pengguna motosikal menjadi satu dasar, kewajipan. Ini boleh saya usahakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu meninjau salah satu tempat berteduh motosikal di KM 11, Lebuh Raya Baru Pantai (NPE), di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI