fbpx

Dewan Negara: Malaysia capai tahap guna tenaga penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Malaysia telah mencapai tahap guna tenaga penuh memandangkan kadar pengangguran di negara ini dibawah empat peratus seperti ditetapkan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar berkata, kadar pengangguran bagi suku ketiga tahun 2023 di Malaysia adalah 3.4 peratus dengan bilangan pengangguran seramai 573,100 orang.

“Berbanding 3.7 peratus pada suku ketiga tahun 2022 dengan bilangan penganggur seramai 611,800 orang.

“Keadaan ini menunjukkan ekonomi negara berada pada tahap guna tenaga penuh dan pasaran buruh Malaysia kekal berdaya tahan dengan kadar pengangguran kekal lebih rendah,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Sivakumar berkata, kadar pengangguran dalam kalangan belia berumur 15 hingga 24 tahun bagi suku ketiga tahun 2023 pula adalah 10.3 peratus berbanding 10.8 peratus pada suku ketiga tahun 2022.

Menurut beliau, secara logik sememangnya kadar pengangguran dalam kalangan belia lebih tinggi kerana ramai individu dalam golongan itu baru menamatkan pengajian dan dalam proses mencari pekerjaan.

Menjawab soalan tambahan, beliau berkata, seramai 201,744 individu berjaya mendapat pekerjaan menerusi platform MyFutureJobs yang disediakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dari Januari hingga 30 November lalu.

Kata beliau, daripada jumlah 201,744 tersebut, seramai 131,540 individu adalah mereka yang berumur di antara 15 hingga 30 tahun.

“Banyak inisiatif dan program penempatan pekerjaan dilaksanakan di seluruh negara untuk golongan belia dan siswazah menerusi platform ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI