fbpx

WP Kuala Lumpur antara 8 negeri diramal ribut petir petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku beberapa tempat di Semenanjung dan Timur Malaysia.

Menurut MetMalaysia menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara negeri yang diramal berlaku ribut petir.

“Selain itu, negeri Perak turut diramal cuaca buruk itu dengan melibatkan kawasan Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Antara negeri di Semenanjung yang diramal landa ribut petir tersebut juga ialah Pahang (Rompin), Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu dan Seremban) dan Johor (Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” katanya.

Tambah MetMalaysia, bagi Timur Malaysia, negeri Sarawak pula, kawasan yang membabitkan kawasan dilanda hujan lebat ialah Bintulu (Bintulu) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).

“Di Sabah pula, Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat juga diramal dengan cuaca buruk itu,” jelasnya.

Ulasnya lagi, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI