fbpx

[VIDEO] Suami ‘pergi’ pada hari dijanji nak bawa bercuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian seorang wanita di TikTok mengenai suaminya yang meninggal dunia akibat kanser usus tahap empat.

PETALING JAYA – “Awak, nanti pakai baju cantik-cantik kita nak pegi homestay depan pantai, ada kolam ya”.

Itu pesanan manis seorang suami kepada isterinya, namun kini hanya tinggal kenangan apabila dia meninggal dunia di hari sepatutnya mereka pergi bercuti.

Menerusi perkongsian wanita itu di akaun TikTok Sefhia’s Mama Shop di ruangan komen, arwah suaminya itu menghidap kanser usus tahap empat.

“1 Disember 2023, awak yang pergi dulu ke tempat cantik tu di pagi Jumaat yang mulia. Jumpa saya dan Sefhia kat sana ya sayang.

“Memang kanser ni pembunuh senyap, suami saya dapat tahu dah tahap 4,” kongsinya.

Hantarannya itu mengundang rasa sebak orang ramai, malah ada juga yang turut berkongsikan pengalaman serupa.

“Takziah, bergenang air mata,” ucap seorang pengguna.

“Awak buat saya teringat arwah abah janji nak bercuti dengan kami. Memang dia tunaikan bila dia keluar hospital tapi kami bawa jenazah dia ja. Hari dia tak ada baru dapat kesan dia ada kanser hati,” kongsi Syida.

“Esok genap 100 hari suami saya meninggal, saya faham perasaan sis, semoga kita kuat,” ujar Ntsy.nbla.

“Suami saya tak sempat diagnosis dan yang paling saya ingat, sebulan lepas dia pergi hospital telefon tanya kenapa tak pergi temu janji,” komen Aurora_jebat. – KOSMO! ONLINE

@shafiqahrashid95 Jumpa di sana ye sayang😢❤️ sayang kamu sampai syurga ❤️#CapCut #love #myhusband #cancerfighter #fyp #tilljannah ♬ original sound – mymy

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI