PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 magnitud dilaporkan telah berlaku di Rantau Kepulauan Filipina pada pukul 8.46 pagi, hari ini.
Kejadian itu telah dikongsikan oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) di akaun rasmi mereka.
Menurut MetMalaysia, kejadian itu terletak di 8.8 darjah utara dan 127.1 darjah timur dengan jarak 87 kilometer (km) timur dari dari Gingoog City, Filipina.
“Gempa bumi sederhana tersebut terjadi pada kedalaman 52 km. Walaubagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia mahupun MetMalaysia setakat ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE